Monday, February 17, 2014

Main kerambit




Aki selalu cerita. Ramai orang nak guna kerambit bila tempur dekat kerana ia tergolong dalam senjata ampuh untuk tujuan itu. senjata jenis memburai ni dan slice dan counter slice ibarat rajalah bagi segala jenis senjata kecil. Tapi ini juga jenis senjata yang selalu makan tuan. Kalau baru belajar main tak payah nak bawak gaduhlah. Memanglah kalau kena libasan kerambit tiada maafnya. Tapi masa balas kais untuk balas libas, kirai mata kerambit disebelah dalam. musuh kalau pandai sendal je tangan tu, maka terburailah perut sendiri. So kirai bilah tu belah luar bukan belah dalam.

Kerambit, Kalau nak gaduh main dua bilah kata beliau. Pakai sebilah mudah sangat serangan dipatahkan oleh orang yang tahu caranya. Kelemahan kain pelikat je. kalau tak da buka baju. masa dia melibas, kirai atau sembat jer bilah tu pakai kain. memang lekat bilah mata kerambit tu. Masalahnya dengan tangan dia sekali sangkut sebab ada cincin pada kerambit tu menyebabkan ia susah nak ditanggalkan dengan cepat. Wallahualam. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...