Aki pernah bercerita yang beliau dapat merasa air tangan Haji Hasan ketika belajar pecah 4. Masa tu gelanggang depan rumah beliau sahaja. Dari tingkap atas beliau memerhati budak-budak bersilat. Masa tu Uda tengah mengajar pecah 4. Tok Haji Hassan sudah pun lanjut usianya dan gigi pun tiada lagi. Entah macam mana adalah di antara yang bersilat tu geleknya tak penuh atau tak habislah kiranya. Dalam pelat-pelat tak bergigi tu Haji Hassan berkata: " Masak betul-betul gelek tu" Haji Hamid pun menghampiri Aki lalu berkata: " Din, kau buat betul-betul, kalau dia turun habis kita."
Entah macam mana ada yang dia nampak tak kena, dia pun turun juga dan membetulkan mana yang dia nampak tak kena. Ada dapat buah mulut dan bawak balik buah tangan dia pada malam tu.( takpe ambil berkat ) Tapi zaman dulu sakit-sakit tak pulak kita merajuk tak nak datang. Malam esok datang balik. zaman dulu kalau tak penuh ilmu di dada tak kita keluar kampung. sikit-sikit tetap ada..
Apabila saya memberitahu Aki yang saya menulis pasal dia dapat air tangan Tok Haji Hassan, beliau ketawa terkekeh-kekeh bila mengingatkan peristiwa tersebut. Beliau pun menambah cerita: Masa tu dia berada di tingkatan 2. Tok sedang memerhati orang sedang bersilat, dari tingkap rumah dia yang tinggi tu, lalu berkata macak-macakkan pecah 4 tu. sama tu beliau memakai baju singlet pagoda dan berserban stail orang lama. Ada la budak tu yang geleknya tak habis, masih membuat kesalahan yang sama lagi. Tok Haji Hassan pun tak puas hati, lalu dia turun. " tengok aku buat macam mana" dia pun gelek sambil mulut berbunyi " ah " "cuba aku tengok engkau buat" Lalu masing-masing melakukan gelek dan beliau bergerak dari seorang ke seorang murid memegang kedua-dua belah bahu dan membetulkan kedudukan.
Sesudah berpuas hati beliau pun berkata pada budak yang buat hal tu tadi dan berkata: " cuba kau tumbuk aku" budak tu menyorong pelebat perlahan-lahan dan tok gelek menunjuk cara yang betul sambil mulut berbunyi " ah" Budak tu pulak celupar pulak mulut dia dan berkata. " itu tumbuk perlahan je tok" Tok Haji Hassan pun menjawab. " Eh kau tumbuk perlahan, aku gelek perlahan lah. Cuba kau tumbuk laju pulak" Budak tu pun apa lagi tumbuk lah selaju mungkin, Hmm apa lagi tok bagi gelek bagi buah dalam, gelek lagi bagi buah luar. Menyungkur terus budak tu makan tanah. Haji Hamid pun kemudian terus marah " Ha tulah mintak sangat dia mengajar, layan sangat tok, kan dah boleh penyakit!!!