Pernah satu ketika tak berberapa lama dulu, saya bertanya Aki pasal peluru Petunang. Aki menjawab ringkas, " Tupai Nandunglah tu..". Terdiam saya.. Memikir dan mencongak. Kat mana yang serupa Mungkin dalam bedikan secara makrifat dalam peluru petunang dan tupai nandung secara isyarat. wallahualam..,
Kehebatan ilmu tupai nandung ini ditujukkan kepada Aki semasa Aki belajar dengan Wak Serang. Pada ketika tu langit biru dan awan hampir satu pun tiada. Terdengar sayup-sayup bunyi teriakan seekor helang yang sedang berlegar di udara mencari mangsa.
" Hmm.., nak makan ayamlah tu!" getus Wak Serang.
Lalu beliau meninjau langit mencari helang tersebut sambil diperhatikan oleh Aki dengan penuh minat. Bila dah dapat apa yang dicarinya, Wak Serang terus menunding jari telunjuknya kearah helang yang sedang berlegar tinggi itu..
Tak semena-mena helang itu terus berpusing-pusing dan jatuh terhempas ke tanah. Berlari Wak Serang dan Aki mendapatkan helang tersebut. Helang tu dah mati rupanya!!
Semasa Wak Serang ralip membelek bangkai helang tersebut, Aki pun terus berkata..
" Kalau kita boleh buat begini nanti malaikat maut tak ada kerja la ye Tok "
ha ha budak. Terdiam Wak Serang tak menjawab sepatah pun.
Aki tak mengajar ilmu ini kepada sesiapa pun, kata beliau ilmu salah dan takut bila dapat ke tangan orang tak betul, lain jadinya. rupa-rupanya buah pukul sendeng ke 7. pada peringkat tertinggi begini jadinya. atau secara kebetulan nama serupa. tak taulah
Aki menceritakan perihal kehebatan tupai nandung semasa beliau menurunkan ijazah ayat 4 kepada Ustaz Hakim di Ampang. Apabila didengari oleh rakan Ustaz Hakim, mudhir di Maahad Tahfiz disitu. Mereka merumuskan tak salah kerana bersependapat ilmu itu ilmu dari sahabat-sahabat rasullullah juga. Kata mereka terdapat cerita semasa perang Badar seorang sahabat rasullullah yang bertempur membuat gerakan isyarat memancung kepala maka terpenggallah kepala musuh yang dimaksudkan itu tadi.
Jadi kenapa melayu yang begitu hebat tewas juga? bukan omm puteh yang menewakan melayu sebenarnya. Omm melayu yang mempunyai kepakaran yang sama tetapi menjadi tali barut mereka rupanya.
Yang ini Aki tak mahu,biar ilmu pergi bersama beliau, katanya...
Admin.