Friday, June 20, 2014

Kata-kata peransang untuk pesilat sendeng.



Pada hujung sabtu lepas saya, Mohd Badlishah dan Aki 3 keluarga telah menghadiri majlis resepsi perkahwinan sepupu kami di dewan felda dekat UTM Kuala Lumpur. Bila dah ramai sanak saudara berkumpul maka nampaklah Ayah Mae( Ayah Man) yang baru sampai dari Kota Bharu, Kelantan. Bila Ayah Mae nampak saja saya, beliau terus pergi kepada saya lalu menjabat tangan saya. Tahniah atas persembahan terbaik di Kelantan. Masa malam perasmian Ayah Mae suami isteri datang dari Gunung untuk menyaksikan majlis perasmian Festival Silat Nusantara. Beliau merupakan Adik kepada Mak saya. "Aku kena royat sepatoh duo kat mu ni sidek. Bagi peransang dan dorongan supaya kekalkan silat ni" "Bakpo royat gitu Ayah Mae?" tanya saya Kata-kata beliau yang berikutnya membuat saya merasa bangga tapi dalam masa yang sama malu dipuji begitu sekali.

Persembahan di Kelantan
" Saing-saing Ayah Mae, bersependapat bahawa antara 17 pasukan yang hadir, pasukan dari Pahanglah ( sendeng ) yang terbaik. Pergerakan penuh adab, permainan paling cantik dan penuh seni. Sampai Menteri yang hadir malam tu pun bertanya silat ni datang dari mana. Malah ada yang mengatakan sendenglah penyelamat majlis pada malam tu" " Takkan lah sampai lagu tu" jawab saya tersipu-sipu " Ya betul, Menteri tanya sebab dia orang bersilat juga, Nilai-nilai kesenian dan kehalusan silat dah pupus dalam kebanyakan silat.Rosak silat kerana silat itu kerana dikomersialkan.lepas tu orang kagum dengan tari pedang yang dipermainkan dengan permainan pedang Ardas. Mu jago budak budak tu terutama hok ketua pesilat tu, cantik permainan pedang dia" ." Ayah mu bersilat orang respect" " Kawan-kawan Ayah Mae tanyo guano mu buleh kenal rapat denge tok guru dio sapa buleh berpeluk tu? Tu abang ipar hambo, bini dio tu kakak ambo' terlopong mulut dia orang.

Persembahan Cikgu Nasir dan Aki Jamal
Luahan kata begitu juga yang dikeluarkan oleh saudara Nik Anwar Wae Dong kepada saya semasa di Kelantan. beliau seorang pengukir yang hebat tetapi sangat merendahkan diri. Adalah diharapkan kata-kata peransang dari orang yang telah menonton persembahan kita menjadi dorongan dan semangat untuk kita lebih bersungguh dalam mempelajari dan menguasai silat kita ni. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...