Tuesday, June 3, 2014

Konsep bersilat depan Raja dan Pengantin.

Adat dan adab

Sultan Haji Ahmad Shah

Ramai yang mempunyai pelbagai pandangan tentang bersilat di depan kedua-dua pihak ni. Secara umum mereka tahu persembahan di depan kedua-dua belah pihak ini ada bezanya dengan membuat persembahan-persembahan biasa seperti demo atau pun pada majlis-majlis khatam. Secara umumnyz pada majlis-majlis keramaian kita tidak digalakkan membuat persembahan berbentuk kasar. Tapi kebanyakannya tidak tahu kat mana bezanya. Setiap pertubuhan silat mempunyai tafsiranya masing-masing dan kemungkinan akan terdapat perbezaan tafsiran yang akan kontradik satu sama lain.

Sebagaimana Aki pernah tegaskan dahulu pengantin adalah raja sehari. jadi pada hari itu dia adalah raja. Kalau ada raja pada majlis itu. kita kena merafak sembah pada raja sehari dulu baru pada raja yang sebenarnya. kerana itu adalah majlis untuk raja sehari. Sembahnya kenalah sembah raja. Sembah tengku Mahkota lain, sembah tengku muda lain,sembah kepada temenggung lain sembahah bendahara lain. Ada ranking-ranking dia. Jadi adat menyembah raja ini perlu diterapkan juga dalam kejohanan silat, terutamanya silat seni. Namanya pendidikan dalam pertandingan.Pertandingan itu pertandingan juga, tapi janganlah sampai syok sendiri. Silat dan institusi raja-raja melayu tidak boleh dipisahkan.

Jangan membelakangkan kedua-dua ini dalam proses keluar masuk gelanggang dan seboleh-bolehnya mengelak membelakangkan mereka semasa membuat persembahan. Apatah kalau ada gerakan menonggeng atau meningging, Jangan!!!

Jangan angkat kaki. cukuplah sekadar membuat gerakan isyarat saja.

Kalau dekat jaraknya, jangan menghunuskan senjata ke arah mereka. derhaka namanya. Kalau zaman dahulu, kata Aki terus tikam dek oranglah jawabnya.

Persembahan mestilah halus dan penuh tertib. Bak orang cakap silat pulutlah katakan. Kita kurangkanlah takik menakik macam main parang. Aki memang pantang orang main parang menakik. karut kata beliau. Mainan senjata bemata orang melayu ni bila menangkis ialah " parrying" dan bukan bloking. Orang jepun kalau boleh tak blok. sumpik mata. Ini nak takik mata parang tu kuat-kuat sampai nampak percik api katanyalah. Satu kali main dah sumpik-sumpik mata. Itu parang Tramontina, mata parang melayu 5 kali lebih lembut. Kalau kita nak pergi berperang berapa puluh parang dan pedang yang kita nak kena bawa? kalau buah gaduh kita jenis block. Melalut pulak dah!!! Apa yang saya nak cakap sebenarnya ialah mainan senjata pun depan pengantin perlahan dan lembut. Lebih kepada nak menunjuk buah dan seni kita.

Saya hanya boleh menggeleng-gelengkan kepala bila membaca dalam akhbar harian terkenal beberapa bulan dulu apabila tok guru turun bersilat daripada persada setelah dicabar bersilat oleh anak murid beliau sendiri pada hari persandingan beliau. Apa punya cerita ni. Adui leceh punya kerja. Itu namanya kurang teliti. Dalam bahasa istana, jangan cakap pada raja " Patik tak tahu" cakap " patik kurang teliti" atau " patik kurang periksa" bila tak tahu.

Akhir kata saya mohon maaf kalau ada yang tersinggung atau terasa. kita sama-sama berkongsi bicara. Kalau salah tegur-tegurlah.

Pesilat baru, saya bangga dengan kamu teruskan usaha,jangan mudah patah semangat. Nak dapat lakak tu...,hei!! mau 10 kali show pun belum tentu!.

Admin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...