Tokoh Lagenda Seni Silat Sendeng Haji Hamid

Haji Jamaludin Shahdan dan gurunya Haji Hamid Hamzah

M

M

Tuan Haji Jamaluddin Bin Shahdan

Dalam Kenangan

Kursus Pemantapan Sendeng Haji Hamid

Kursus pemantapan sendeng ini diadakan di Kuala Dong, Raub.

Thursday, July 31, 2014

Nostalgia lama


Gambar dalam koleksi Pakcik Rahman bin Satam. Pasukan Sendeng Bentong Bersama-sama Allahyarham Haji Hamid di Pertandingan Silat peringkat Negeri Pahang pada awal 70 an di Pekan Pahang. Pakcik Man yang duduk di sebelah kanan memakai kemeja cerah berlengan panjang. 

Haji Hamid (duduk tengah), Aki Jamal (berdiri paling kanan)
Pertandingan Silat Peringkat Negeri Pahang, mengalahkan Gayong dengan beberapa mata sahaja, menjadi johan dalam tahun 70an beberapa kali,

Gendang Silat

Gendang kedah. Serunai dalam proses pembikinan. Eee tak sabo-tak sabo terbako-terbako. Lepas raya sampailah ke tangan kita. Terima kasih kepada saudara Arifin Raub dan saudara Shazmin kerana banyak membantu..


Gendang Ibu dan Gendang Anak

Gong & Pemukulnya

Gendang Ibu (kiri) Gendang Anak (kanan)

Gendang Silat

Minta tolong sahabat-sahabat di Melaka.


Hajat peribadi saya dan hajat ramai anak-anak sendeng Pahang

Saya ingin mencari waris Allahyarham Dol Ghani yang juga dikenali Wak Serang. Pangkat datuk saudara kepada Tuan Haji Jamaludin bin Shahadan. Kuntau Teluk Mas satu guru dengan Allahyarham Haji Hasan bin Mahat : Haji Hasan Pendekar. 

Sungai Melaka suatu masa dulu (Gambar Hiasan)
Kami selalu mendengar cerita pasal Wak Serang dari Aki. Seolah-olah macam kami kenal sangat dengan beliau.

Baru-baru ni kami bertandang ke rumah arwah Aki di Pengkalan Rama. dan saya bertanya Aki kalau kita pergi ke Telok Mas boleh kenal dan cam tak rumah Wak Serang beliau cakap berkemungkin besar tidak sebab banyak berubah. Lalu beliau bertanya

" Engkau sempat tak dengan dia?"
saya jawab " Tak sempat"
Lalu saya bertanya " Bila abah tahu dia dah tak ada?"

beliau bercakap tak tahu sedar-sedar dah tak ada semasa Aki sudah pun mengajar di Pahang.

Jesteru itu saya memohon bantuan kepada sesiapa yang mengenali waris Dol Ghani atau Wak Serang dari Telok Mas yang dulunya bekerja dengan syarikat perkapalan kalau tak silap ' Malacca atau Strait Steamship' atau warisnya sendiri hubungi saya melalui laman fb ini atau nombor saya 0139388879.

Di hari baik dan bulan yang muiia ini eloklah disambung tali kekeluargaan yang dah lama terputus. Segala bantuan tuan amat kami alu-alukan terimakasih.

Kena penumbuk Aki kaw-kaw


Kira-kira 6 tahun lepas, petang sebelum pulang ke rumah saya singgah sebentar di rumah Aki. kelihatan Aki duduk di atas sofa hijau sedang termenung. Budak-budak dari UK duduk di bilik tingkat atas. Sudah seminggu dia orang datang. panjang Aki termenung tak terkata apa-apa. Kehairanan saya pun bertanya:

" Kenapa Abah?"
Menarik nafas panjang, Aki pun becakap:
"Aku tak sepatutnya buat macam tu."
" Buat apa abah?" tanya saya lagi.
" Yelah si Kamal tu nak tengok penumbuk aku, jadi aku cakap berdiri depan. Takut aku, aku ingat dia dah mati, jatuh bedebab dekat seminit pengsan tak benafas. sisekor lagi panik terjerit-jerit. dekat seminit baru mata terkelip-kelip tangan bergerak tak tentu hala. nak bernafas tak boleh. muka hitam jadi kelabu"

lama Aki diam pastu dia cakap
" pergilah naik berborak dengan dia. tanya ke hal"

saya pun naiklah ke atas nampaklah si dua mamat ni sedang berehat. Si Kamal sedang berselimut dan masih ladi lemah. sebelah muka lebam, bibir rabik.

"Aik tak kan teruk kena dengan Aki." hati ku tertanya- tanya

" How are you brother?" saya menyapa " I'm sorry for what my father has done"
'It's okay, it's okay it's guru barakah" kata si kamal ni
" You look bad, brother, how many times did he punch you? saya tanya"
" once"
aik tak kan teruk?
Yang sorang ni pun menunjukkan rakaman video yang beliau rakam

memang sekali aje. Rupa-rupanya dia ni pengsan berdiri baru jatuh. jadi yang muka lebam, bibir pecah tu adalah akibat jatuh bedebab macam nangka busuk tak sempat di tangkap orang. kalau sempat pun mana boleh sebab badan dia besar.

kendian saya tanya kenapa dia tak elak, blok atau cuba tangkap. Dia balas macam mana nak tangkap kalau penumbuk pun tak nampak!!.

Dalam hati saya padan muka engkau, nak sangat. cari penyakit ha ha ha

Monday, July 28, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam Aidilfitri
Seluruh warga Seni Silat Sendeng Haji Hamid mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Semoga Allah S.W.T. menerima amalan kita semua. Insya Allah..~

Friday, July 18, 2014

Takziah MH17

As'salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Saya mewakili semua warga Persatuan Seni Silat Sendeng Haji Hamid menzahirkan rasa dukacita kami di atas tragedi pesawat kita, MH17 ditembak jatuh tempoh hari. Kami mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga penumpang dan krew yang terlibat.
Sesungguhnya Allah lebih menyayangi mereka...

Kepada semua warga group fb Persatuan Seni Silat Sendeng Haji Hamid, marilah kita sama-sama menadah tangan di bulan yang mulia ini mendoakan agar Allah S.W.T mengampunkan dosa penumpang dan krew pesawat tersebut yang beragama Islam. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruh mereka dan menempatkan mereka di kalangan orang-orang yang beriman..~

Thursday, July 10, 2014

Jom kongsi pendapat.

Belajar pukul 7 hari ni sakit. Kalau nak dapat lakak dialah kata Aki. Saya tengok pun tahu sakit bila dia mood baik dan sudi berdemo jika ada anak murid sanggup. Bolehkah kita apongkan badan kita untuk mengelakkan kita dari dapat kecederaan parah bila menuntut ilmu ni? Aki kata tak boleh sebab Allahyarham guru dia Tuan Che Kop kata ada yang musykil dalam bacaannya. Tapi ada kata boleh! Nak belajar slow-slow tak boleh kata Aki. Ilmu gaduh mana belajar lemah lembut. Dia dapat dari Arwah Haji Hamid dan Wak Serang pun dengan sakit.

Silakan kalau ada sudi beri pendapat.

Saturday, July 5, 2014

Kisah Aki menangkap pencuri

Kisah ini berlaku semasa saya sekolah menengah dulu di Jalan Atas Banggol, Kota Bharu Kelantan. Kalau hari raya, perkara yang paling seronok ialah berhari raya di Kelantan di Kampung Mak saya. Bagi saya balik ke Kelantan tu lebih seronok dari balik ke Melaka sebab lebih meriah.

Kalau tak silap pada malam kedua raya kira-kira pukul 10 malam, terdengar satu jeritan dari rumah jiran berhampiran. Pencuri! pencuri! kelihatan jiran sebelah mengejar seseorang lepas tu beliau termangu-mangu. Aki yang menjenguk dari tingkap bilik tidur pun bertanya " cari apa?" Jiran tu pun menjawab: "Tadi nampok pencuri lari alik ni, pastu hile" ( hilang ) Sempadan rumah kami dipagari oleh pagar pokok hidup yang orang selalu buat pagar. memang tebal setinggi dada. Aki pun turun bersembang sementara saya terus menjenguk dari tingkap. " Guano buleh lepas alik ni " orang tu terus merungut Aki pun bersembang dengan jiran tersebut.

sekadar gambar hiasan
Kira-kira 10 minit kemudian Aki ternampak sesuatu yang bergerak dipangkal pokok pagar itu. Rupa-rupanya pencuri itu telah meniarap di situ! " Tu dio!" jerit jiran tersebut. Pencuri itu apa lagi, terus bingkas bangun dan dalam samar malam menikam Aki dengan sebatang skru driver. Sempat dielak oleh Aki ( gelek luar) terus di beri satu pukulan dibelakang tengkuk sipencuri tersebut.

 Pencuri tu pun jatuh tertiarap dan Aki pantas memulas kedua tangannya kebelakang dan menyendalnya dengan kaki sambil menekan badan pencuri tersebut ke tanah. Menjerit pencuri itu kesakitan. tak lama kemudian orang ramai pun datang dan ada seorang daripada mereka membawa seutas tali. Aki segera mengikat kedua tangan pencuri tersebut dan seterus mengheretnya ke tempat yang lebih terang. saya yang dah turun itu memegang tali tersebut. Biasalah bila orang dah terikat macam beruk kena rantai, ramailah jadi hero. Ada yang lempang, bagi penumbuk, bahkan ada yang ambil lajak bagi penerajang lagi. Bengang saya pun menjerit " Boh la" (sudah lah) muka dia, darah berjururan turun, barulah orang behenti. Aki masa tu buat relek jer. Dah banyak hero ha ha Setengah jam kemudian polis pun sampai. Pencuri segera dan mendapatkan polis tu. tak tahan kena lutu dengan orang kampung ha ha

Pedoman untuk semua pesilat,

Setelah Aki Jamal berjaya memujuk Tok dia, Wak Serang untuk mengajar beliau bersilat, Tok dia pun memulakan dengan memberi sedikit nasihat kepada beliau.

" Engkau nak belajar dengan Aku ni mesti belajar bersungguh-sunguh, jangan malas, mesti belajar sampai habis. Tanamkan huruf ' Ra ' dalam diri engkau, Engkau tahu ' Ra ' tu apa? "

" Ra tu apa tok? " tanya Aki

Haa ' Ra ' tu rajin," kata Wak Serang.

" Jangan ada pula kau tanam huruf ' mim ' pulak. Kau tahu apa huruf ' Mim" tu? tanya Wak Serang

" Mim tu malaslah Tok." balas Aki

" Tak" jawab Wak Serang sambil tersenyum.
" Mim tu melayu." kata Wak Serang.

Pergh dalam sangat maknanya..

P/S : 
 Ini sindiran orang lama-lama sebagai teguran supaya kita lebih bersemangat membuktikan yang bangsa kita bukan pemalas. Bukan bermaksud menghina sama sekali. Bahkan Wak Serang yang menyindir itu sendiri sangat2 tinggi adab dan budaya kemelayuannya.

Cabaran demi cabaran dalam berpersatuan

.Persiapan persatuan ini untuk melangkah jauh

Banyak tuduhan dan lemparan nista dikeluarkan oleh ahli yang mengatakan mereka berada dalam persatuan ini saya dengar. Tetapi saya pekakkan telinga dan buat tak tahu sahaja. Yelah berpersatuan ini susah rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Saya mendengar dan menilai dalam diam. Lagi pun bila diajukan perkara ini kepada Aki. Aki akan cakap 

" Kau uruskan perkara ini aku dah tua-tua ni tak mahu dengar, aku tahu nak mengajar aje"


Ada yang mempertikaikan tentang sistem tauliah yang ada sekarang. Jawapan saya senang aje.
Kalau nak masuk mengajar didalam sesebuah sekolah kena ada tauliah. Silat adalah satu bidang yang tidak lagi diterima mudah dalam kokurikulum.sekolah. Kalau nak masuk tu macam-macam kena buat dan sediakan.Saya sendiri pernah menolong seorang guru silat untuk mengajar di sekolah saya. tetapi gagal kerana dokumentasi tak cukup. bermula dari titik itulah saya secara perlahan-lahan menyiapkan profil persatuan ini. Profil ini akan diberikan kepada Jurulatih dalam bentuk folio. biar folio itu yang bercakap dan bukan jurulatih itu.


Sistem kejurulatihan persatuan ini sudah masuk tahun ke3 dijalankan bermula dari pembantu jurulatih, kepada jurulatih, jurulatih kanan, guru dan akhir sekali guru kanan. setiap satu peringkat itu memakan masa 2 tahun. Pada mulanya memang Aki tak setuju. Tapi bila saya terangkan rasionalnya baru dia terima.


1. Untuk memastikan semua jurulatih up to date dengan silibus.


2. semua tahap jika dikumpulkan menjadi sepuluh tahun dan 10 tahun itu adalah masa yang cukup untuk mengenal seseorang itu. Bukan nilai ilmu sahaja yang kita nak tahu malah hati budi itu dalam sesetengah hal lebih penting. 


3. kesetiaan. kita tak mahu lagi melihat anak murid yang dah khatam kendian m
enghilangkan diri entah kemana sedar-sedar dah buka kelas. Siap dengan nama baru lagi.
Dalam profil persatuan pula ada:

1. Sejarah
2. salahsilah perguruan
3. ikrar Jurulatih
4. Tauliah
5. silibus rendah dan menengah
6. logo/ lambang dan pengertian
7. gambar-gambar tokoh persilatan
8. pamphlet yang boleh dicetak banyak
9. Borang keahlian
10. peraturan dan garis panduan penubuhan kelas silat selaras dengan KPPM.

Kelemahan dalam setiap persilatan adalah dokumentasi. Paling penting salasilah mana turunnya ilmu itu. Setiap guru yang berani menurunkankan salasilah dan diperlihatkan oleh orang ramai adalah satu penyataan yang hitam putih dan guru itu adalah benar. kerana salasilah adalah satu statement yang sangat kuat. sekira salahsilah itu direka-reka orang lambat laun akan tahu tembelang guru itu.
Pokok ceritanya dokumentasi sangat penting. Langkah terakhir Aki ambil ialah beliau telah menamakan Tuan Haji Rahman bin Satam sebagai Caretaker dan pengerusi persatuan ini sekiranya beliau tiada. Aki cakap

" Aku tak mau jadi macam Haji Hamid perginya beliau unprepared"

Jadi terimalah dengan hati terbuka tentang penerang saya ini.

Admin

Silat Melayu dari sudut pandang yang jarang difahami oleh bukan pesilat.

Falsafah Silat Melayu.
Silat Melayu..

Pertempuran bukan semestinya bermaksud pergaduhan.. Pertandingan bukan semestinya mencari kemenangan.. Perainan buka soal siapa kuat atau siapa lemah.. Bukan juga untuk menenukan siapa hebat..
Seringkali.. Bahkan selamanya.. Silat itu adalah tentang PERSAHABATAN..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...