Friday, August 1, 2014

Adab menjemput orang bersilat

Perkara kecil tapi besar impaknya bila diabaikan ketika menjemput orang bersilat.

Bila kita persatuan-persatuan silat kecik-kecik ni dijemput oleh persatuan lain untuk bersilat. Rasa hormat dan terharu itu rasanya tak terhingga. Almaklumlah orang memanggil itu tujuannya ialah bersahabat. Bertukar-tukar angin dan berita. serta dapat mengeratkan ikatan persaudaraan sesama islam dan pesilat.

Namun ...begitu ada perkara yang perlu dititik beratkan semasa menjemput orang untuk bersilat. Kalau dipandang ringan. nampak itulah kali pertama dan terakhir yang kita sambut jemputan itu.

1. Surat jemputan rasmi. Pakai telepon dan sms walaupun canggih tapi tak boleh pakai. Kenapa? Dengan surat jemputan rasmi sajalah seorang itu boleh mendapatkan pelepasan cuti sekiranya ia bekerja dengan badan kerajaan atau swasta. Persatuan-persatuan silat ini kebanyakkannya bukan mempunyai kewangan yang kukuh. Jadi dengan surat ini juga boleh dicari penaja atau sponsor untuk bertandang ke sana dengan jumlah yang besar. Cakap pasar ialah surat nak buka mulut minta duit. Takda surat namanya ajak-ajak ayam. susah nak diambil kira.

2. Sijil penyertaan. kebanyakan pesilat yang hadir terdiri dari pelajar sekolah. Mereka perlukan sijil-sijil ini untuk pengiraan markah koko mereka. Sama juga dengan yang sudah bekerja. Terutamanya pekrja kerajaan yang mana pengiraan markah prestasi akhir tahun juga dikira.

3. Sijil penghargaan dari penganjur. kecil aje nampak tapi besar makna tu. Sebagai ucapan terimakasih atas kesudian pasukan jemputan itu hadir.

Kita rata-rata tidak meminta lebih dari perkara yang mampu disediakan oleh pihak penganjur. Tapi kalau ada imbuhan atau sagu hati,duit minyak,penginapan atau makan dan minum. kita terima dalam seribu kesyukuran tapi sama-sama menggalas. tak ada pun tak apa kalau ada alhamdulillah.

maksudnya ibarat bertukar-tukar juadah. kali ini kali saudara. lain kali giliran kitalah. bila kami menjemput, saudara terimalah jemputan kami dan kami sediakan sebagaimana tuan sediakan. yang penting atas nama persaudaraan antara persilatan.

Tetapi kalau yang kecil-kecil pun tidak mampu diurus atau pandang ringan, macam mana perkara lain pula?

admin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...