Menyusuri sejarah silam tanahair kita menemukan kita dengan saat-saat sukar dan getir. Saat-saat itu dilalui oleh nenek moyang kita dengan segala saki baki kekuatan yang ada. Mereka terus berjuang dengan segala kemampuan yang dimiliki samada dari segi kekuatan fizikal mahupun kebijaksanaan. Sejarah telah membuktikan bahawa bangsa kita ini bukanlah selemah yang disangkakan. Berkat perpaduan generasi terdahulu, akhirnya kemerdekaan berjaya dikecapi.
57 tahun berlalu..
57 tahun berlalu..
Masih segar dalam ingatan golongan tua akan keperitan hari semalam. Betapa banyaknya airmata, darah serta keringat terpaksa dikorbankan demi mengecapi sesuatu yang bernama keamanan dan kebebasan. Hari ini saki baki mereka yang masih hidup melihat generasi muda sudah mula melupai keperitan itu. Pejuang-pejuang tua ini adalah wira tidak didendang dan mereka juga tidak mahu didendang. Kesedihan mereka bukanlah kerana jasa mereka tidak dikenang, tetapi kekecewaan
yang sebenar-benarnya ialah apabila melihat generasi muda kini tidak bersungguh untuk mempertahankan kemerdekaan yang mereka kecapi dulu. Apakah nasib cucu cicit di kemudian hari kalau tiada lagi tanah untuk mereka berdiri..
Sempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke 57, kita adakan aktiviti untuk menyemai kembali rasa sayang kepada negara kita. Semoga cinta ini melahirkan pejuang-pejuang generasi baru yang sentiasa berkobar-kobar semangatnya mempertahankan keamanan bumi tercinta..
Menyediakan tiang bendera |
Menyediakan tiang bendera |
Memasang Jalur Gemilang |
Memasang Jalur Gemilang |
Berkibar terus oh benderaku |
Kemegahan Pertiwi |
Semoga keamanan yang kita kecapi terus berkekalan selamanya.. Amin...