Tokoh Lagenda Seni Silat Sendeng Haji Hamid

Haji Jamaludin Shahdan dan gurunya Haji Hamid Hamzah

M

M

Tuan Haji Jamaluddin Bin Shahdan

Dalam Kenangan

Kursus Pemantapan Sendeng Haji Hamid

Kursus pemantapan sendeng ini diadakan di Kuala Dong, Raub.

Wednesday, October 29, 2014

KEHEBATAN PENDEKAR-PENDEKAR MELAYU

Di ceritakan oleh Allayarham Haji Hamid bin Haji Hamzah kepada Tuan Haji Jamaludin bin Shahadan.

Haji Hassan Pendekar (duduk di tengah) dan Haji Hamid Hamzah (duduk kanan)
Pada waktu kecil Allahyarham Haji Hamid selalu mengikuti rombongan Sungai Mati berkelana bersama kumpulan funfair menjelajah seluruh semenanjung membuat persembahan.

Rombongan Sungai Mati biasanya terdiri daripada Allahyarham Haji Hasan Pendekar, Allahyarham Mat Elah Tangkak, Allahyarham Taman bin Dagang, Allahyarham Haji Hamzah dan Allahyarham Haji Hamid sendiri. Mereka biasanya akan menunjukkan permainan senjata khususnya permainan pedang di samping mengajak para pendekar tempatan untuk bermain dengan mereka. Biasanya tiada peristiwa yang tidak baik berlaku semuanya akan berkesudahan dalam suasana meriah dan penuh keriangan.

Namun semasa mereka membuat persembahan di Pulau Pinang, Haji Hasan telah dikenakan orang dalam gelanggang dengan ilmu pasak bumi. Ini menyebabkan beliau tidak boleh mengangkat kaki dan bergerak. Gempar sekejap suasana sekitar gelanggang. Perbuatan yang bertujuan untuk memalukan rombongan Sungai Mati.

Namun dengan tenang Allahyarham Taman bin Dagang mengambil sekepal pasir dan membaca sesuatu kemudian menghembus ke pasir yang digenggam beliau. Selepas itu beliau berjalan ke tengah gelanggang lalu berkata:

" Baik lepaskan,main sihir ni tak baik, Kalau tak lepas orang membuat ni akan mati disengat tebuan dalam genggam saya ni"

kata Taman Dagang dua tiga kali.

Maka dilepaskan juga akhirnya ilmu pasak bumi yang dikenakan kepada Haji Hasan. Lalu Taman Dagang pun berkata sekali dengan mempelawa:

" Kalau orang tadi sungguh nak bermain dengan kita,jemput masuk ke dalam."

Maka masuk orang itu tadi untuk beradu dengan Haji Hasan. Orang tu menerkam deras ke arah beliau untuk menumbuk. Pantas Haji Hasan menggelek sambil mengenakan satu tamparan kuat dibelakang tengkuk orang yang terlajak itu Belum sempat orang tu jatuh, Arwah Haji Hasan pun melompat tinggi lalu diselaknya leher orang itu dengan betis beliau sehingga tinggal nyawa-nyawa ikan.

Menurut Haji Hamid lidah dah terjulur sejengkal.

Lepas tu Haji Hasan melonggarkan sedikit selak untuk memberi peluang orang itu bernafas sambil bertanya.

" Nak mintak maaf tak?"

Orang tu menggangguk tercungap-cungap. diketatkan lagi selak kaki tu sampai terkial-kial dan dilonggarkan kembali selak itu tadi. Haji Hasan pun bertanya tanya lagi

" Nak buat lagi tak"

Orang tu menggeleng-gelengkan kepala beliau. Sekali lagi Arwah ketatkan selak sampai biru muka kemudian longgarkan kembali selak itu dan bertanya lagi.

" Mengaku kalah tak?"

Orang itu mengangguk tanpa mampu boleh bercakap. Haji Hasan terus melepaskan selak itu sepenuhnya.

Setelah melihat bapa mertuanya memperolehi kemenangan, Taman Dagang pun tersenyum dan berkata:

" Itu permainan ayah saya, siapa pulak sudi nak bermain dengan saya? Tapi siapa nak bermain kena buka ini dulu dari tangan saya."

Arwah Taman Dagang pun mengambil sebatang tekpi dan melilitnya dilengan beliau. Besi padu tu!! Agak-agak ada orang nak main tak?

Menurut Arwah Haji Hamid, Jangan diberi besi kat Taman Dagang. Besi akan menjadi lemah dengan beliau kerana beliau ada ilmu pelembut besi.

Begitulah hebatnya pendekar-pendekar sendeng

Admin

Tuesday, October 28, 2014

SUASANA SEMASA GELANGGANG SENDENG RAUB

Gambar diambil ketika sessi lantihan mingguan Gelanggang Seni Silat Sendeng Haji Hamid Daerah Raub. Gelanggang Silat Sendeng ini digerakkan oleh barisan anak muda dari pelbagai lapisan umur. Latihan giat dijalankan sepanjang tahun dengan pelbagai aktiviti yang sihat bertujuan membina generasi pelapis yang lebih positif. Selain diajarkan ilmu mempertahankan diri, pesilat juga diterapkankan dengan nilai budaya dan adab Melayu yang kini kian luput ditelan zaman.










BELIA SILAT BELIA SIHAT!

Monday, October 27, 2014

Sendeng Meniti Zaman

KE ARAH KEGEMILANGAN


Membuka kembali lembaran lama..
Menyingkap kisah membongkar cerita..
Sejarah sebuah perguruan gemilang..
Sejarah Sendeng nan terbilang..

Banyak sudah pendekar ternama..
Haji Hamid antara lagenda..
Keringat dan kudrat seorang pahlawan..
Ia masyhur tak ditelan zaman..


Berpuluh tahun ia mencurah bakti..
Demi membela ibu pertiwi..
Usah dikira jauhnya perjalanan..
Lewat sudah negeri pahlawan..
Johor Melaka Pahang dan Negeri Sembilan,

Guru lama meneruskan perjuangan..
Yang baru menuntut warisan..
Semangat itu jangan pernah hilang..
Tali saudara jangan pernah renggang..

Bersatu kita teguh..
Bercerai kita roboh..
Ibarat telur sepeti,
Pecah satu pecah semuanya

Kita peliharakan warisan ini bersama..
Jangan ingkar pada guru tua..
Biar kita berlainan persatuan..
Betul jalan, betullah haluan..

Ibarat labu menjalar ke hulu..
Ibarat kundur menjalar ke hilir..
Pangkalnya sama dipupuk..
Pucuknya sama digetis..
Buahnya sama ditarik..

Ke bukit sama didaki..
Ke lurah sama dituruni..
Ke laut sama direnangi...~

Friday, October 24, 2014

FUNGSI PENGAPIT RAJA SEHARI

Bolehkah ini dibawa renungan?

Masa saya nak berkahwin dengan isteri saya dulu, Aki telah memberi beberapa petua bila nak masuk rumah, lafaz akad nikah dan petua-petua nak masuk kampung orang.

" Yelah, nak mengambil anak dara orang" kata Aki
" Mana tau kalau ada orang yang tak puas hati dan nak memalukan engkau" tambah beliau.

Isteri saya berbangsa melayu berketurunan dari selatan Siam. Ikut salasilah, dari Raja Ligor kata abang beliau yang memegang salasilah. Kampung beliau pada masa tu agak terpencil dan rata-rata penduduk di situ bertutur dalam bahasa siam pasar yang diselang-selikan bahasa melayu kedah pelet siam yang sekow kopi kedah ha ha. Sekarang hanya orang-orang tua sahaja yang bertutur begitu. Melalut dah!

Bersilat depan Pengantin. (Gambar Hiasan)

Saya yang kehairanan bertanya:
" Keluarga dia ke yang nak buat begitu?"
" Ape bodoh engkau ni, bodoh jugak la keluarga dia kalau buat begitu!. Takkan dah terima engkau lepas tu nak memalukan engkau dan keluarga dia depan orang ramai Jawab Aki yang mula bengang dengan kejahilan saya.

" Ni..., mana tau ada orang yang tak puas hati dengan keluarga dia atau orang nakkan bakal bini engkau tu, tapi tak dapat. Masa nilah paling sesuai nak balas dendam." jelas Aki

"Oooo..," saya mengangguk kepala baru faham.

Jadi dipendekkan cerita Pakcik saudara saya Abdul Rahman bin Haji Idris.- belah mak ( Haji Idris jalan Atas Banggol, kota Bharu, Kelantan. Arwah Tok pernah mengajar mengaji quran kepada anak sultan Kelantan, masa dulu.) menceritakan perkara yang sama pada saya dan saya maklumkan kepada beliau yang abah dah suruh saya bersedia.

Namun begitu mereka berbincang dan bersepakat untuk menjadi pengapit saya pada malam besar saya tu. Dapatlah saya dua pengapit yang power-power ha ha. Saya diijab kabulkan dekat pukul 11.30 malam pada hari itu. Pasal Tok kadi nak tengok bola piala malaysia final:- Pahang lawan Kedah dulu.., ha ha itu bahagian lawak pulak

Alhamdullillah dengan sekali lafaz. Perkara yang paling mendebarkan itu selesai dengan begitu mudah. Termasuklah membaca taklik dalam tulisan jawi.

Banyak fungsi pengapit nih. meredakan debaran si pengantin.2. membaca atau melihat perubahan perlakuan pengantin takut-takut ada orang nak sudi. Takut pengantin naik takut, tak boleh jalan. hilang keyakinan ( gugup ) dan jadi gagap. Kalau ada orang menyerang, pengapitlah pelindung pengantin.

Jadi belajarlah sikit-sikit ayat pelindung dan petua-petua orang tua-tua. Pandai serta serba sedikit adat-adat melayu supaya taklah Sipengantin dibuat orang suka-suka hati dan sipengapitlah yang paling kuat gelak: Bodoh punya cerita!

Jadi.., kerja pengapit bukan sekadar mengipas pengantin tau.

Admin.
p.s - Malam tu Pahang menang lawan kedah 1- 0, Gol minit ke 7 masa pertama. haha

Tuesday, October 21, 2014

Berguru dengan Lagenda Gendang Silat

Berguru ilmu Gendang Silat dengan Pak Mat.
Memang lain sangat cara orang lama. Ilmunya tinggi tapi caranya sangat sederhana. Baik budinya dan elok bicaranya. Senyuman tulus tak lekang dari bibirnya biarpun penat mengajar kami. Inilah contoh orang yang benar-benar mahu memperjuangkan seni warisan bangsanya. Bukan wang ringgit jadi persoalan. Maaf kalau terlebih saya memuji kerana sungguh budi baik Pak Mat, isteri, dan kawan-kawannya akan tetap dalam ingatan kami. Keberangkatan kami balik ke rumah diiringi dengan genangan air mata Pak Mat dan isteri. Insya Allah jika diizinkan Allah, kita akan bertemu lagi. Doa kami pohonkan buat Pak Mat dan isterinya, semoga dipanjangkan usia mereka dalam berbuat kebaikan..~

Penerangan tentang pipit serunai~ 

Bergendang dan berserunai.

Pak Mat sedang membetulkan irama gendang ibu

Setitik air tangan guru~

"Anak main lagu ni.." kata Pak Mat

Perhatian kepada Pak Mat

Pak Mat bertutuk loghat utara. Jadi kening masing2 berkerut sikit nak memahami. hehe

Saudara Ikhwan dan Idolanya..

Pak Mat dan sahabatnya memasang tali gendang. Sangat tertib kaedahnya.

Thursday, October 16, 2014

Pengalaman Aki balik bersilat

Citer lucu Aki semasa belajar silat

Banyak kali dah Aki cerita pasal ni ha ha, Hati kering punya orang.Semasa berkayuh basikal balik dari belajar silat bersama-sama dengan abang sulung beliau, Allahyarham Pak Long Sham dan Pakcik Daud, Bukit Katil. Tiba-tiba terdengar bunyi

" Buut.....,Buut.., Buut"
di atas kepala dia orang.

"Aku tengok Sham,Sham tengok aku, Aku tengok Daud, Daud tengok Sham" kata Aki
"Lepas tu masing-masing tengok atas" tambah beliau
Nampaklah satu kepala manusia terbang tanpa badan dengan segala isi perut bejuntai-juntai mengekori mereka bertiga. Kata Aki isi perut tu pula berkelip-kelip macam kunang-kunang.

" Penanggalan!!!" jerit Aki
Mendengar jeritan Aki tu tadi, penanggal tu terus terbang laju melarikan diri.
Aki jerit " Kejar!!"


Maka mereka bertiga tu pun berkayuh deras mengejar kepala tu.
Punyalah laju terbang penanggal tu, terlanggar batang pokok kelapa
Berdentum! jatuh bergolek kepangkal pokok.
Maka mereka bertiga mengelilingi si Penanggal tu.


" Hantu penanggal tu perempuan, Sidek" Mengeringai memandang kita orang". kata Aki
Sambil mengelilingi kepala tu, mereka bercekak pinggang.


" Ooo, nak ikut kami balik ye..," Kata Aki
Brummmm! kepala tu terus terbang ke atas sambil mengilai
" ek!, ek!,ek!.....

"
Mana reti takut masa tu..Aki menamatkan cerita...
Kalau kita entahlaaa.... ha ha ha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...