Di ceritakan oleh Allayarham Haji Hamid bin Haji Hamzah kepada Tuan Haji Jamaludin bin Shahadan.
Haji Hassan Pendekar (duduk di tengah) dan Haji Hamid Hamzah (duduk kanan) |
Rombongan Sungai Mati biasanya terdiri daripada Allahyarham Haji Hasan Pendekar, Allahyarham Mat Elah Tangkak, Allahyarham Taman bin Dagang, Allahyarham Haji Hamzah dan Allahyarham Haji Hamid sendiri. Mereka biasanya akan menunjukkan permainan senjata khususnya permainan pedang di samping mengajak para pendekar tempatan untuk bermain dengan mereka. Biasanya tiada peristiwa yang tidak baik berlaku semuanya akan berkesudahan dalam suasana meriah dan penuh keriangan.
Namun semasa mereka membuat persembahan di Pulau Pinang, Haji Hasan telah dikenakan orang dalam gelanggang dengan ilmu pasak bumi. Ini menyebabkan beliau tidak boleh mengangkat kaki dan bergerak. Gempar sekejap suasana sekitar gelanggang. Perbuatan yang bertujuan untuk memalukan rombongan Sungai Mati.
Namun dengan tenang Allahyarham Taman bin Dagang mengambil sekepal pasir dan membaca sesuatu kemudian menghembus ke pasir yang digenggam beliau. Selepas itu beliau berjalan ke tengah gelanggang lalu berkata:
" Baik lepaskan,main sihir ni tak baik, Kalau tak lepas orang membuat ni akan mati disengat tebuan dalam genggam saya ni"
kata Taman Dagang dua tiga kali.
Maka dilepaskan juga akhirnya ilmu pasak bumi yang dikenakan kepada Haji Hasan. Lalu Taman Dagang pun berkata sekali dengan mempelawa:
" Kalau orang tadi sungguh nak bermain dengan kita,jemput masuk ke dalam."
Maka masuk orang itu tadi untuk beradu dengan Haji Hasan. Orang tu menerkam deras ke arah beliau untuk menumbuk. Pantas Haji Hasan menggelek sambil mengenakan satu tamparan kuat dibelakang tengkuk orang yang terlajak itu Belum sempat orang tu jatuh, Arwah Haji Hasan pun melompat tinggi lalu diselaknya leher orang itu dengan betis beliau sehingga tinggal nyawa-nyawa ikan.
Menurut Haji Hamid lidah dah terjulur sejengkal.
Lepas tu Haji Hasan melonggarkan sedikit selak untuk memberi peluang orang itu bernafas sambil bertanya.
" Nak mintak maaf tak?"
Orang tu menggangguk tercungap-cungap. diketatkan lagi selak kaki tu sampai terkial-kial dan dilonggarkan kembali selak itu tadi. Haji Hasan pun bertanya tanya lagi
" Nak buat lagi tak"
Orang tu menggeleng-gelengkan kepala beliau. Sekali lagi Arwah ketatkan selak sampai biru muka kemudian longgarkan kembali selak itu dan bertanya lagi.
" Mengaku kalah tak?"
Orang itu mengangguk tanpa mampu boleh bercakap. Haji Hasan terus melepaskan selak itu sepenuhnya.
Setelah melihat bapa mertuanya memperolehi kemenangan, Taman Dagang pun tersenyum dan berkata:
" Itu permainan ayah saya, siapa pulak sudi nak bermain dengan saya? Tapi siapa nak bermain kena buka ini dulu dari tangan saya."
Arwah Taman Dagang pun mengambil sebatang tekpi dan melilitnya dilengan beliau. Besi padu tu!! Agak-agak ada orang nak main tak?
Menurut Arwah Haji Hamid, Jangan diberi besi kat Taman Dagang. Besi akan menjadi lemah dengan beliau kerana beliau ada ilmu pelembut besi.
Begitulah hebatnya pendekar-pendekar sendeng
Admin