Sunday, March 29, 2015

DIDERAM HARIMAU BELANG

Gambar Hiasan

Berburu bersama Allahyarham di deram dek Harimau di hutan Lebu Bentong.

Aki dulu hobinya memburu, Perginya malam baliknya dua hari kemudian. paling tidaknya sehari semalam. Berburu aja bila baliknya dagingnya bagi kat orang kerana Wan tak tahu nak membuang maung daging dari makluk hutan yang telah dibuncas itu. Lama baru Wan baru tahu cara nak menhilangkan maung tu. kadang-kadang dapat landak, berebutlah kami ambil duri dia buat penunjuk muqqaddam, Yang biasa pelanduk, napuh. Paling tak boleh lupa dapat kijang. Puaslah jiran tetangga makan kijang sehari dua.

Aki memberi tahu beliau banyak belajar ilmu menyuluh ni dari Arwah Haji Hamid. Besar sinar mata, jarak sinar antara kedua-dua mata makhluk hutan itu dan jarak sinar mata dengan tanah. Itu semua diambil perkiraan untuk mengagak apakah haiwan yang telah disuluh itu.

Bagi yang biasa berburu pasti tahu apa yang saya maksudkan. Apabila Arwahyarham turun ke Pahang pasti Aki akan mengajak Arwah pergi berburu.Biasanya ke Lebu aje. Di Bentong masa tu dikelilingi oleh hutan belantara jadi hutan tu dekat aje. Pernah masa dulu kijang melompat atas bumbung orang yang membina rumah dekat lereng bukit.

Aki tak ada lesen senapang jadi dia pinjam senapang dari kawan dia. sepatutnya kawan dia pergi bersama tapi disaat-saat akhir tak jadi. Oleh kerana arwah Uda dah ada, pergi jugalah mereka cuma berdua. Tak sampai setengah jam masuk hutan di Lebu, tiba-tiba terdengar bunyi seakan-akan batuk.
Uhuk! uhuk!

Arwah Haji Hamid, segera mematikan langkah. Kemudian berkata kepada Aki yang berada dibelakang dengan nada suara yang agak perlahan

"Rimau tu,., besar gayanya tu".

Bulu roma Aki dah meremang.., Arwah kembali mengatur langkah dengan lebih berhati-hati. Tak berapa lama kemudian. Harimau tu mula menderam. memang sah dekat dan memang sah besar!
Arwah nampak rimau tu sebab dia didepan, Aki tak nampak
Uda menoleh memandang Aki.

" Kita baliklah Din, dia tak suka kita ada kat sini."

Dengan selamba Arwah mengandar senapang dan berpatah balik seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
Aku?!!
kata Aki kecik besar jantung kita dibuatnya. Uda selamba aje tambah Aki menamatkan cerita beliau.

ps
Pernah dengar petua orang nak memburu seladang berbogel- setidak-tidaknya pakai seluar dalam yang buruk nak rabak ha ha
Aki banyak terkena bila berburu ayam hutan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...