Pada 24 Mei yang lalu, pasangan pesilat Sendeng Haji Hamid, Aiman bin Haji Mohd Anidin dan Muhammad Akif Bin Rafi telah berjaya memenangi pingat emas dalam Pertandingan Silat Sekolah-sekolah Malaysia Peringkat Negeri Pahang. Mereka sekaligus berjaya mewakili Negeri Pahang ke Pertandingan Silat Sekolah-Sekolah Malaysia 2015. Pertandingan peringkat kebangsaan berlangsung pada 7 hingga 11 Jun di Politeknik Merlimau, Melaka. Negeri Melaka selaku tuan rumah juga diwakili oleh ramai pesilat Sendeng dari Persatuan Warisan Seni Silat Sendeng Negeri Melaka.
Ketika acara penyampaian pingat di peringkat Negeri Pahang
Alhamdulillah persembahan berjalan dengan lancar sebagaimana yang dirancangkan. Walaupun tidak berjaya mendapat sebarang pingat di peringkat kebangsaan, namun penyertaan kali ini membawa seribu satu erti. Kami dapat menimba berbagai-bagai ilmu dan pengalaman baru di sana. Paling tidak dapat dilupakan ialah perasaan berjumpa dengan saudara seperguruan dari Persatuan Warisan Seni Silat Sendeng Negeri Melaka.
Pasangan Pesilat Sendeng, Aiman Anidin dan Akif Rafi