Tokoh Lagenda Seni Silat Sendeng Haji Hamid

Haji Jamaludin Shahdan dan gurunya Haji Hamid Hamzah

M

M

Tuan Haji Jamaluddin Bin Shahdan

Dalam Kenangan

Kursus Pemantapan Sendeng Haji Hamid

Kursus pemantapan sendeng ini diadakan di Kuala Dong, Raub.

Friday, August 28, 2020


Kehebatan Taman bin Dagang


Cerita ini disampaikan kepada oleh Allahyarham Tok Sidang Ismail bin Saidin, Chohong Melaka. Beliau juga dikenali dengan panggilan Tok Sidang atau Atok dikalangan pengiat-pengiat sendeng Khususnya di Melaka dan Johor dan merupakan guru utama Perguruan Seni Silat Sendeng yang di asaskan oleh Allahyarham Tuan Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah, Sg Mati Muar.


Allahyarham Tn Haji Jamaludin bin Shahadan sering berkata 

"Jangan bagi Aki Taman tu besi!! Habis dipicit picitnya besi tu sampai lembut!!"

Allahyarham Tok Sidang pula berkata:

" Kalau dapat parang Kat dia habis di liuk liuknya parang tu dan dilipat lipatnya parang tu sampai tak boleh pakai".


Kemudian dia ketawa semasa duduk di kerusi kayu di beranda rumah beliau. merenung jauh seolah olah cuba mengingatkan sesuatu.


Tak lama lepas tu beliau mula bercerita dengan suara lembut antara dengar dengan tidak kerana Atuk suaranya perlahan dan pertuturannya kurang jelas.


Kami terpaksa duduk rapat dengan beliau. ketekunan perlu kerana Ato bercerita sambil menahan ketawa. hahaha


Atuk bercerita. di Jasin di waktu dahulu terdapat seorang penempa besi yang handal berbangsa cina. Beliau menerima banyak tempahan membuat pisau parang dan lain lain peralatan untuk berkebun. bukan sahaja itu, Sipenempa tu turut mahir dalam membuat lading dan parang panjang 


Tangan Atok membidangkan tangan beliau nak menunjukkan panjangnya parang tersebut.


Pada suatu hari ketika penempa ni sedang memarakkan bara di dapur beliau, lalulah Tok Taman di hadapan kedai beliau. Melihat api dapur yang sedang marak itu. Tok Taman menjadi tertarik lalu berhenti untuk melihat si penempa itu membuat kerja.


Dalam usaha untuk menyemarakan api dapur dengan meniup udara menggunakan bellow( b.Inggeris), serpihan serpihan arang yang sedang membara itu telah tercampak ke lantai kedai tersebut.


Serpihan serpihan itu telah dikutip oleh si penampa itu secara selamba dengan menggunakan tangan kosong lalu dicampakkan kembali kedalam dapur itu tadi.


Perbuatan itu telah menyirapkan darah Tok Taman kerana seolah olah mencabar beliau. Sambil mengetapkan gigi beliau terus berdiri di situ sambil memerhati gelagat si penempa tersebut dengan geram.


Tidak lama kemudian datang seorang pelanggan melayu bertanyakan parang panjang yang ditempahnya tempoh hari.


Si penempa pun segera mengambil parang tersebut yang telah siap berminyak dan berbungkus.


Bila dibuka sahaja bungkusan tersebut maka terserlahlah sebilah parang panjang yang cantik buatannya. Penempah tu berpaling pada Tok Taman seraya bertanya:

" Cantik tak parang ni"

" Cantik?? Bak sini Aku tengok." Balas Tok Taman


Beliau segera mengambil parang tersebut lalu dililitnya disekeliling lengan beliau. Pucat muka kedua dua penempa dan penempah melayu tu tadi.


kemudian dibuka lingkaran parang itu tadi, lalu dikepitnya dicelah celah ketiak beliau dengan hulunya mengadap ke hadapan dan dilurutkannya keluar. Lurus balik parang tu kembali


Tok Taman menyerahkan kembali parang kepada empunya yang pucat lesi sambil berkata:

" Hmm.., Boleh la"


Si penempa itu pula terus terlepas penyepit besi yang dipeganginya sambil meyembah Tok Taman berkali kali sambil merayu:

" Tolong, tolong ampun minta maaf. mau cari makan tak mau cari gaduh.

Sekian

29/08/2020
12:40am
admin

 

Perjuangan Diteruskan

 



Adakalanya dahan yang patah itu tidak tumbuh kembali. Namun pohon jangan dibiar mati. Teruslah dijaga agar menumbuhkan daun dan buah untuk faedah di belakang hari..~

Friday, February 28, 2020

Pelantikan Guru Utama Seni Silat Sendeng Kebangsaan





Kami ahli keluarga Allahyarham Tuan Haji Jamaludin bin Shahadan, pemegang amanah Persatuan Seni Silat Sendeng Tuan Haji Abdul Hamid Negeri Pahang untuk mentadbir dan mengurus persatuan ni bagi pihak keluarga Allahyarham Tuan Haji Abdul Hamid sebagaimana yang diwasiatkan, dengan ini mewakili ahli-ahli persatuan ini, bersyukur dan gembira, mengucapkan syabas dan tahniah diatas perlantikan Encik Ahmad Nazari bin Haji Abdul Hamid sebagai Guru Utama Persatuan Seni Silat Sendeng Kebangsaan pada 15 Februari 2020.

-admin

Wednesday, January 22, 2020

Aki memberi petua



Aki memberi petua


Aki pernah memberitahu saya, sekiranya semut hitam membawa telur naik keatas rumah, itu petandanya cuaca buruk akan berlaku tak lama lagi.

Petua itu saya gunakan dengan sebaik-baiknya ketika saya mengajar di Kijal Kemaman dulu. Saya dulu duduk dirumah kampung yang jaraknya tak sampai satu km dari pantai.

Bila saya lihat semut hitam membawa telur naik segera saya memberitahu isteri saya untuk siap berkemas. Alhamdulillah tak pernah miss atau salah telahan. Dua tiga hari selepas tu akan turun hujan ribut petir yang kuat. sampaikan nak tengok luar rumah pun takut kerana pokok kelapa sampai bergegar dan meliuk-liuk ditiup angin kencang.

Rumah kami akan bergegar dan bunyi deruan angin punyalah kuat tak payah nak ceritalah. kami anak beranak akan duduk dengan perasaan keluh kesah di dalam bilik. Pada perasaan kami pada bila-bila masa aje rumah kami akan dihempap pokok kelapa tumbang.

Subhanallah, kelebihan yang Allah kurniakan pada si semut hitam ini masih lagi tidak boleh ditandingi oleh teknologi yang dimiliki manusia sekarang. kebolehan meramal cuaca buruk sehingga 4 atau lima hari lebih awal.


Admin
22/1/2020
11.46pm

Monday, January 20, 2020

KALAU ASAL BENIH YANG BAIK




Suatu malam, ketika belajar silat di rumah Tuan Haji Jamaluddin Shahdan, beliau berkata kepada kami;


"Silat ini ibarat suatu benih yang baik, kalau kita semaikan di atas tanah yang baik, dan dijaga dengan baik, cukup dengan air dan bajanya, maka ia akan bercambah, bertunas, membesar dan menghasilkan bunga dan buah2an yang baik juga". 


Mari kita renungkan sedalam2nya, sekiranya silat itu adalah benih yang baik, maka tanah itu adalah diri kita. Baja dan air, adalah usaha dan latihan kita. Sejauh mana berkesannya silat itu, adalah buahnya (hasilnya).


Maka tanyakan pada diri kita, adakah aku tanah yang baik itu? Tanyakan pada diri kita, adakah betul cara aku menyiram dan membajai pohon itu? Adakah mencukupi air dan baja itu? Jika jawapannya adalah tidak, usah kita tanyakan mengapa kita tidak mendapat hasil yang baik itu.. Ia bukanlah soal baik atau tidaknya benih itu, tapi ia soal cara dan sikap kita semasa menjaga pohon itu..


MAKA JANGAN PERSOALKAN SAMA ADA SILAT MELAYU ITU BAGUS ATAU TIDAK. TAPI PERSOALKAN DIRI ANDA, BAGUS ATAU TIDAKNYA ANDA MENGAMALKAN ILMU TERSEBUT ~

Admin
1.03am
21/01/2020

Friday, January 17, 2020

Tentang Kerambit





Kerambit adalah salah satu dari senjata yang diajarkan dalam Seni Silat Sendeng Haji Hamid. Tidak padan dengan saiznya yang kecil, kerambit mampu menyebabkan luka yang besar dan parah. Namun kerambit bukanlah senjata yang ganas dan kejam semata-mata. Sebagaimana bangsa Melayu, kerambit ada seninya yang tersendiri. Halus dan menggerunkan~


admin
18/1/2020

Wednesday, January 15, 2020

SALASILAH SENDENG HAJI HAMID PAHANG

SALASILAH SENDENG HAJI HAMID PAHANG










Mungkin terdapat sedikit perbezaan dengan salasilah yang diturunkan dalam web sendeng malaysia oleh Allahyarham Haji Ismail. tapi anggaplah ia sebagai interpitasi guru. Saya masukkan salasilah aki didalam salasilah ini dan bagaiamana beliau mula belajar dengan atuk beliau Dol Ghani. Apabila tamat Atuk beliau menyuruh beliau belajar sendeng pula. Dol Ghani dan Haji Hasan Pendekar adalah satu guru. Cuma umor masa tu Dol Ghani 68 tahun ketika menyuruh aki belajar sendeng sedangkan Tok Haji Hasan hampir-hampir 120 tahun

admin

Thursday, January 9, 2020

SENJATA MELAYU (Kapak Binjai Manis/ Kapak Kecil )

SENJATA MELAYU  (Kapak Binjai Manis/  Kapak Kecil )





Purata masyarakat Melayu hari ini mengenali hantu lebih dari mereka mengenali senjata2 dan khazanah warisan Melayu. Atas kejahilan inilah maka lahirnya golongan muda yang menentang dan memperendah2kan perjuangan bangsanya sendiri. Sama2 kita berkongsi info serba ringkas mengenai senjata2 eksotik bangsa Melayu yang kian pupus ditelan zaman..


Nama kapak ini dikatakan diambil dari nama tempat asalnya iaitu Kampung Binjai Manis yang terletak di selatan Thailand. Kawasan tersebut didiami oleh orang Melayu beragama Islam. Terdapat beberapa pendapat yang mengatakan ia pada asalnya digunakan oleh kaum wanita lantaran kerana saiznya yang kecil, ringan dan mudah dibawa.


Kapak ini boleh didapati dalam beberapa saiz dan rekabentuk. Ia lazimnya digunakan dengan kaedah lontaran. Dalam beberapa keadaan, ia juga digunakan sebagai senjata pertarungan jarak dekat. Kecederaan yang diakibatkan oleh kapak ini adalah sangat parah dan boleh membawa maut.

Wednesday, January 8, 2020

SENJATA MELAYU (Tombak & Lembing)

SENJATA MELAYU (Tombak & Lembing)






Menurut pandangan masyarakat biasa, tiada bezanya antara tombak dan lembing. Namun sebenarnya dua senjata ini adalah sangat berbeza.


Senjata-senjata ini boleh dibezakan melalui bentuk dan saiz matanya. Mata tombak lazimnya lebih lebar dan nipis manakala lembing pula lebih halus dan tirus. Batang tombak lazimnya dibuat dari kayu yang kuat, teguh dan liat manakala batang lembing pula lazimnya diperbuat daripada kayu yang lebih ringan. Perbezaan ini adalah kerana fungsi dan kaedah kendalian kedua-dua jenis senjata ini adalah berbeza.


Tombak ialah senjata pertarungan yang dikendalikan dengan kedua belah tangan. Ia digunakan untuk menahan, menangkis, menikam dan memarang lawan. Oleh sebab itulah ia dibina dari kayu yang lebih kukuh dan matanya juga lebih lebar agar dapat membelah dengan lebih kuat dan berkesan. Sesetengah jenis tombak juga boleh dilontar, namun ia hanya efektif dalam jarak yang dekat.


Lembing pula ialah senjata yang digunakan dengan teknik rejaman secara khusus. Ia digunakan untuk melontar kepada sasaran yang berada dalam jarak yang jauh. Justeru itulah struktur binaannya lebih ringan supaya lontaran dapat menjangkau jarak yang lebih jauh. Matanya juga sengaja dibuat halus dan runcing agar dapat meluncur dengan lebih stabil di udara dan dapat menembusi tubuh sasaran dengan impak yang maksima.


Sungguh orang Melayu dahulu lebih bijak dari apa yang kita fikirkan..~

admin - 9/1/2020

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...