Aki memberi petua
Aki pernah memberitahu saya, sekiranya semut hitam membawa telur naik keatas rumah, itu petandanya cuaca buruk akan berlaku tak lama lagi.
Petua itu saya gunakan dengan sebaik-baiknya ketika saya mengajar di Kijal Kemaman dulu. Saya dulu duduk dirumah kampung yang jaraknya tak sampai satu km dari pantai.
Bila saya lihat semut hitam membawa telur naik segera saya memberitahu isteri saya untuk siap berkemas. Alhamdulillah tak pernah miss atau salah telahan. Dua tiga hari selepas tu akan turun hujan ribut petir yang kuat. sampaikan nak tengok luar rumah pun takut kerana pokok kelapa sampai bergegar dan meliuk-liuk ditiup angin kencang.
Rumah kami akan bergegar dan bunyi deruan angin punyalah kuat tak payah nak ceritalah. kami anak beranak akan duduk dengan perasaan keluh kesah di dalam bilik. Pada perasaan kami pada bila-bila masa aje rumah kami akan dihempap pokok kelapa tumbang.
Subhanallah, kelebihan yang Allah kurniakan pada si semut hitam ini masih lagi tidak boleh ditandingi oleh teknologi yang dimiliki manusia sekarang. kebolehan meramal cuaca buruk sehingga 4 atau lima hari lebih awal.
Admin
22/1/2020
11.46pm