Kehebatan Taman bin Dagang
Cerita ini disampaikan kepada oleh Allahyarham Tok Sidang Ismail bin Saidin, Chohong Melaka. Beliau juga dikenali dengan panggilan Tok Sidang atau Atok dikalangan pengiat-pengiat sendeng Khususnya di Melaka dan Johor dan merupakan guru utama Perguruan Seni Silat Sendeng yang di asaskan oleh Allahyarham Tuan Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah, Sg Mati Muar.
Allahyarham Tn Haji Jamaludin bin Shahadan sering berkata
"Jangan bagi Aki Taman tu besi!! Habis dipicit picitnya besi tu sampai lembut!!"
Allahyarham Tok Sidang pula berkata:
" Kalau dapat parang Kat dia habis di liuk liuknya parang tu dan dilipat lipatnya parang tu sampai tak boleh pakai".
Kemudian dia ketawa semasa duduk di kerusi kayu di beranda rumah beliau. merenung jauh seolah olah cuba mengingatkan sesuatu.
Tak lama lepas tu beliau mula bercerita dengan suara lembut antara dengar dengan tidak kerana Atuk suaranya perlahan dan pertuturannya kurang jelas.
Kami terpaksa duduk rapat dengan beliau. ketekunan perlu kerana Ato bercerita sambil menahan ketawa. hahaha
Atuk bercerita. di Jasin di waktu dahulu terdapat seorang penempa besi yang handal berbangsa cina. Beliau menerima banyak tempahan membuat pisau parang dan lain lain peralatan untuk berkebun. bukan sahaja itu, Sipenempa tu turut mahir dalam membuat lading dan parang panjang
Tangan Atok membidangkan tangan beliau nak menunjukkan panjangnya parang tersebut.
Pada suatu hari ketika penempa ni sedang memarakkan bara di dapur beliau, lalulah Tok Taman di hadapan kedai beliau. Melihat api dapur yang sedang marak itu. Tok Taman menjadi tertarik lalu berhenti untuk melihat si penempa itu membuat kerja.
Dalam usaha untuk menyemarakan api dapur dengan meniup udara menggunakan bellow( b.Inggeris), serpihan serpihan arang yang sedang membara itu telah tercampak ke lantai kedai tersebut.
Serpihan serpihan itu telah dikutip oleh si penampa itu secara selamba dengan menggunakan tangan kosong lalu dicampakkan kembali kedalam dapur itu tadi.
Perbuatan itu telah menyirapkan darah Tok Taman kerana seolah olah mencabar beliau. Sambil mengetapkan gigi beliau terus berdiri di situ sambil memerhati gelagat si penempa tersebut dengan geram.
Tidak lama kemudian datang seorang pelanggan melayu bertanyakan parang panjang yang ditempahnya tempoh hari.
Si penempa pun segera mengambil parang tersebut yang telah siap berminyak dan berbungkus.
Bila dibuka sahaja bungkusan tersebut maka terserlahlah sebilah parang panjang yang cantik buatannya. Penempah tu berpaling pada Tok Taman seraya bertanya:
" Cantik tak parang ni"
" Cantik?? Bak sini Aku tengok." Balas Tok Taman
Beliau segera mengambil parang tersebut lalu dililitnya disekeliling lengan beliau. Pucat muka kedua dua penempa dan penempah melayu tu tadi.
kemudian dibuka lingkaran parang itu tadi, lalu dikepitnya dicelah celah ketiak beliau dengan hulunya mengadap ke hadapan dan dilurutkannya keluar. Lurus balik parang tu kembali
Tok Taman menyerahkan kembali parang kepada empunya yang pucat lesi sambil berkata:
" Hmm.., Boleh la"
Si penempa itu pula terus terlepas penyepit besi yang dipeganginya sambil meyembah Tok Taman berkali kali sambil merayu:
" Tolong, tolong ampun minta maaf. mau cari makan tak mau cari gaduh.
Sekian
12:40am
admin